Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbang RM5,000 kepada setiap empat keluarga yang mengalami kerosakan rumah teruk susulan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 1 dan 2, Ampang pada Mac 2022. Foto Facebook LZS
AGENDABERITA UTAMANASIONALSELANGOR

Tanah runtuh: Rumah rosak teruk, LZS agih RM20,000 bantu empat keluarga

SHAH ALAM, 18 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbang RM20,000 kepada empat keluarga mangsa tanah runtuh Taman Bukit Permai 1 dan 2, Ampang pada Mac lalu.

Agensi tersebut berkata kediaman mangsa mengalami kerosakan teruk dan dinasihat mengosongkan rumah buat sementara waktu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Sehingga hari ini sebahagian mangsa masih belum pulang kerana kerja pembaikan tanah dijalankan. Dijangka mereka boleh pulang ke rumah masing-masing sebelum Syawal ini.

“Semoga dengan sumbangan RM5,000 kepada setiap keluarga ini meringankan beban mereka dalam berdepan musibah yang menimpa,” katanya menerusi Facebook.

Simbolik sumbangan diserahkan kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Sabtu lalu di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Cheras Baru.

Kejadian tanah runtuh pada 11 Mac lalu meragut empat nyawa dan seorang mangsa cedera selain 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.


Pengarang :