Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar (kiri) menyerahkan cek cura bernilai RM500,000 kepada Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah (kanan) sambil disaksikan Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dalam program agihan bubur lambuk di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh pada 20 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Mais agih RM500,000 setahun bantu kebajikan, kos urus rumah anak yatim

SUNGAI BULOH, 20 APRIL:  Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperuntukan sejumlah RM500,000 bagi membantu kebajikan anak yatim pada setiap tahun.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata sumbangan tersebut sedikit sebanyak menampung kos mengurus serta menjaga hal ehwal 8,100 anak yatim di negeri ini.

“Dana sumbangan diberikan menerusi peruntukan Baitulmal Mais kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim.

“Mais berharap bantuan yang disumbangkan dapat dimanfaatkan untuk mengurus rumah anak yatim yang berdaftar dengan Yide,” katanya.

Beliau berucap pada majlis agihan bubur lambuk di di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras di sini, hari ini.

Pada 13 April lalu, Mais turut menyerahkan sumbangan RM11.2 juta kepada 24 Rumah Pemulihan Riqab (RPR).

Sumbangan menerusi Geran Pemulihan Rigab melibatkan kos program, pengurusan dan penjagaan Rumah Pemulihan Riqab di bawah seliaan Mais bagi tahun 2022.

Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf (belakang, tujuh kiri) bergambar bersama anak yatim dan wakil agensi dalam program agihan bubur lambuk di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh pada 20 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :