Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dalam Program Agihan Bubur Lambuk di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh pada 20 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Mais edar bubur lambuk, beri duit raya kepada anak yatim

SUNGAI BULOH, 20 APRIL: Sebanyak 600 bekas bubur lambuk diedar Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada empat rumah yatim, hari ini.

Empat rumah anak yatim yang menerima sumbangan itu ialah Rumah Kasih Harmoni, Pertubuhan Kebajikan Ehsan As-Syakur, Asrama Yatim Damai dan Rumah Aman Shah Alam.

Sumbangan bubur lambuk itu disampaikan Pengerusi Mais, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras di sini.

Pada majlis yang sama Mais turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 110 orang anak-anak yatim melalui peruntukan Baitulmal Mais.

Program itu bertujuan mengimarahkan Ramadan dan mengeratkan hubungan silatulrahim serta berkongsi rezeki dengan penghuni rumah anak yatim.


Pengarang :