Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah ditemui pada program pembersihan PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya pada 3 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

Maria Chin dipenjara: Ramai ahli Parlimen terkejut, 76 nyata sokongan penuh

SHAH ALAM, 28 MAC: Seramai 76 ahli Parlimen akan terus menyokong Maria Chin untuk melaksanakan hak kebebasan bersuara serta membangkitkan perkara yang mempunyai kepentingan awam.

Menerusi kenyataan bersama, mereka turut terkejut dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap ahli Parlimen Petaling Jaya tersebut.

“Kami amat prihatin dengan hukuman penjara tujuh hari yang dijatuhkan terhadap Maria Chin pada Isnin lalu oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur Tuan Mohamed Fouzi Mokhtar.

“Hukuman itu menimbulkan persoalan serius berhubung ketidakwajaran tatacara kerana hukuman penjara tanpa kehadiran beliau adalah salah dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” kata kenyataan itu.

Semua ahli Parlimen itu berpendapat penghakiman terhadap kes tersebut boleh diulas oleh sesiapa sahaja mengikut hak kebebasan bersuara.

“Lebih-lebih lagi seorang seperti Maria yang mempunyai amanah untuk menjalankan tugas awam sebagai ahli Parlimen. Komennya tidak mencarut atau berniat jahat.

“Ia jelas dilakukan dengan niat baik dan berpandangan bahawa sistem perundangan syariah serta badan-badan lain akan mencari penyelesaian,” katanya.

Pada 25 April Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur  menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari selepas didapati bersalah atas tuduhan menghina keputusan mahkamah berhubung hukuman penjara terhadap bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Hakim Syarie memutuskan hukuman itu selepas mendapati terdapat unsur menghina, merendah, memperlekehkan serta memfitnah mahkamah dalam artikel diterbitkan Maria pada 5 September 2019, membabitkan Pengarah Kumpulan Naza Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dan Emilia Hanafi.

Kenyataan tersebut ditandatangani 76 ahli Parlimen iaitu:

1. Wan Azizah Wan Ismail, Pandan
2. Mohamad Sabu, Kota Raja
3. Darell Leiking, Penampang
4. Saifuddin Nasution, Kulim Bandar Baharu
5. Nurul Izzah, Permatang Pauh
6. Syed Saddiq, Muar
7. Salahuddin Ayub, Pulai
8. Mukhriz Mahathir, Jerlun
9. Amiruddin Hamzah, Kubang Pasu
10. Anthony Loke, Seremban
11. Lim Guan Eng, Bagan
12. Sivarasa Rasiah, Sungai Buloh
13. Lim Kit Siang, Iskandar Puteri
14. Syed Ibrahim Syed Noh, Ledang
15. Noor Amin Ahmad, Kangar
16. Wong Chen, Subang
17. Chan Ming Kai, Alor Setar
18. Natrah Ismail, Sekijang
19. Hassan Abdul Karim, Pasir Gudang
20. Fuziah Salleh, Kuantan
21. Abdullah Sani, Kapar
22. Maszlee Malik, Simpang Renggam
23. S. Kesavan, Sungai Siput
24. Chang Lih Kang, Tanjung Malim
25. Bakthiar bin Wan Chik, Balik Pulau
26. Azman Ismail, Kuala Kedah
27. Sim Tze Tsin, Bayan Baru
28. Karuppaiya Mutusam, Padang Serai
29. Fahmi Fadzil, Lembah Pantai
30. Nik Nazmi, Setiawang
31. Akmal Nasir, Johor Bahru
32. Charles Santiago, Klang
33. Wong Hon Wai, Bukit Bendera
34. Kasthuri Patto, Batu Kawan
35. Pang Hok Liong, Labis
36. Mohd Hatta Md Ramli, Lumut
37. Thomas Su, Kampar
38. Ong Kian Ming, Bangi
39. Teo Nie Ching, Kulai
40. Kelvin Yii, Bandar Kuching
41. Alice Lau, Lanang
42. Wong Kah Woh, Ipoh Timor
43. Hannah Yeoh, Segambut
44. Chan Foong Hin, Kota Kinabalu
45. Wong Ling Biu, Sarikei
46. Lim Lip Eng, Kepong
47. Wilfred Madius Tangau, Tuaran
48. M.Kula Segaran, Ipoh Barat
49. Teh Kok Lim, Taiping
50. Teresa Kok, Seputeh
51. Oscar Ling, Sibu
52. Tan Kok Wai, Cheras
53. Khalid Abdul Samad, Shah Alam.
54. Tony Pua, Damansara
55. Sin Chee Keong, Bukit Mertajam
56. Mujahid Yusof Rawa, Parit Buntar
57. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Hulu Langat
58. Mahfuz Haji Omar, Pokok Sena
59. Mohamed Hanipa Maidin, Sepang
60. Hasan Bahrom, Tampin
61. Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Temerloh
62. Prabakaran, Batu
63. Chong Chieng Jen, Stampin
64. Isnaraissah Munirah Majilis, Kota Belud
65. Mohd Azis Bin Hj Jamman, Sepanggar
66. Rusnah Aluai, Tangga Batu
67. June Leow, Hulu Selangor
68. Nor Azrina Surip, Merbok
69. William Leong, Selayang
70. Nga Kor Ming, Teluk Intan
71. Tan Yee Kew, Wangsa Maju
72. Ngeh Koo Ham, Beruas
73. Cha Kee Chin, Rasah
74. Ma’mun bin Sulaiman, Kalabakan
75. Shamsul Iskandar, Hang Tuah Jaya
76. Gobind Singh Deo, Puchong

 


Pengarang :