ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (tengah) menyampaikan cek cura berjumlah RM2,000 kepada nazir masjid pada 11 April 2022. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Masjid, surau DUN Bukit Melawati dapat RM40,000 semarak Ramadan

SHAH ALAM, 15 APRIL: Lebih 23 masjid dan surau sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menerima sumbangan RM40,000 bagi melaksanakan aktiviti sepanjang Ramadan.

Ahli Dewan Negerinya (ADN) Juwairiya Zulkifli berkata bantuan yang diagih 11 April lalu turut meliputi sembilan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Diharapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan untuk mengimarahkan lagi semangat Ramadan tahun ini,” katanya yang turut mengagihkan set kurma, al-Quran dan makanan.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM2 juta sempena Ihya’ Ramadan tahun ini untuk diagihkan ke masjid, surau dan pihak lain.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri menerusi jabatan agama turut menyumbang tunai untuk penyediaan moreh dan program menyantuni masyarakat.


Pengarang :