ADN Kota Kemuning V Ganabatirau menyerahkan cek sumbangan Ramadan kepada wakil masjid, surau, persatuan penduduk dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di Masjid Al-Faizin, Seksyen 27 pada 21 April 2022. Foto V Ganabatirau
ADNSELANGOR

Masjid, surau DUN Kota Kemuning terima bantuan Ramadan RM56,000

SHAH ALAM, 22 APRIL: Sebanyak tujuh masjid dan 27 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning menerima sumbangan Ramadan berjumlah RM56,000.

Turut menerima bantuan itu termasuklah satu persatuan penduduk dan tiga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), menurut wakil rakyatnya.

V Ganabatirau memaklumkan serahan cek kepada kesemua penerima dilakukan pada program berbuka puasa di Masjid Al-Faizin, Seksyen 27 semalam.

“Sebanyak tujuh masjid, 27 surau, satu persatuan penduduk dan tiga MPKK telah menerima keseluruhan sumbangan cek bernilai RM 56,000.

“Kesemua ahli jawatankuasa masjid, surau, persatuan penduduk dan MPKK merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan,” katanya di Facebook.


Pengarang :