Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad mengagihkan kurma kepada peniaga di bazar Ramadan Taman Samudera, Gombak pada 17 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

MB agih 300 pek kurma, roti john kepada peniaga, pengunjung bazar Ramadan

GOMBAK, 17 APRIL: Dato’ Menteri Besar mengagihkan 300 pek roti john dan kurma kepada pengunjung serta peniaga Bazar Ramadan Taman Samudera, Batu Caves hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad turut meluangkan masa beramah mesra dengan hampir 80 peniaga yang beroperasi di bazar berkenaan.

Turut sama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia Rahim Kasdi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Mohd Yazid Saidi dan Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz.

Selepas itu, Amirudin dan Masdiana berbuka puasa bersama kira-kira 500 pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Gombak di Dewan Seri Siantan.

Mereka berdua kemudiannya menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah di Masjid Selayang Baru.


Pengarang :