Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut serta dalam majlis Tadarus al-Quran Perdana Hulu Selangor di Masjid Nurul Iman, Hulu Selangor pada 19 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB luang masa tadarus, buka puasa bersama penduduk Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 19 APRIL: Lebih 300 ketua jabatan pelbagai agensi dan penduduk daerah ini dirai dalam majlis berbuka puasa bersama Dato’ Menteri Besar di Masjid Nurul Iman, Serendah, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa kira-kira satu jam bagi menghayati dan bertadabbur kitab suci al-Quran menerusi Majlis Tadarus al-Quran Perdana Hulu Selangor.

Bacaan al-Quran itu disertai 70 wanita tadarus sekitar Hulu Selangor, 30 pelajar Maahad Tahfiz Nurul Iman dan Maahad Tahfiz Darul Huffaz.

Majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Ketua Jabatan Serta Pimpinan Masyarakat Hulu Selangor di Masjid Nurul Iman, Hulu Selangor pada 19 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Amirudin turut menyerahkan sumbangan sejumlah RM50,000 kepada 25 masjid di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali.

Masjid yang menerima sumbangan ialah Masjid As Salam, Masjid Saidina Ali, Masjid Nurul Iman, Masjid Al Falah, Masjid Ar Rahimah dan Masjid Kampung Gesir Tengah.

Penerima sumbangan lain adalah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Batang Kali sejumlah RM14,000 dan bantuan Aidilfitri kepada 21 anak-anak asnaf di kawasan ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meyerahkan cek cura sumbangan kepada masjid seluruh Hulu Selangor bernilai RM50,000 kepada wakil masjid ketika majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Ketua Jabatan Serta Pimpinan Masyarakat Hulu Selangor di Masjid Nurul Iman, Hulu Selangor pada 19 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Pengarang :