Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Berbuka Puasa Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Pemimpin Masyarakat (Pengerusi MPKK dan Ahli Majlis PBT) di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 15 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB: Pemimpin akar umbi kayu ukur kejayaan Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 16 APRIL: Pemimpin khususnya di peringkat akar umbi memainkan peranan penting sebagai kayu ukur kejayaan Kerajaan Negeri, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketua kampung yang menjalankan tugas dengan baik dan berkesan kepada masyarakat dapat membantu sesebuah kerajaan dapat dikekalkan.

“Selaku pemimpin di peringkat akar umbi kita harus memastikan kestabilan dan kemakmuran di kawasan masing-masing dijaga. Ini pelajaran penting kita peroleh bila berdepan krisis sebelum ini seperti krisis kesihatan, krisis bencana alam.

“Tugas utama pimpinan waktu itu memastikan keyakinan rakyat kekal, bagaimana nak kekal? Kena pastikan kita mengawal keadaan dalam krisis, di mana tugas pimpinan memastikan ketenangan dan suasana damai,” katanya.

Amirudin berkata apabila krisis berjaya dikawal maka timbul kepercayaan dan harapan masyarakat terhadap pemimpin yang sedia ada.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Dato’ Menteri Besar bersama Pemimpin Masyarakat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir pada program yang merai 700 pemimpin masyarakat yang terdiri daripada ketua kampung dan ahli majlis.


Pengarang :