KUALA SELANGOR, 12 APRIL: Seramai 2,000 kakitangan dan pelajar Universiti Selangor (Unisel) diraikan dalam Majlis Iftar Perdana bersama Dato’ Menteri Besar hari ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari tiba di Dataran Konvo Unisel, Kampus Bestari Jaya jam 6.45 petang diiringi Presiden dan Naib Canselor Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.
Turut hadir, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli.
Amirudin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah di Masjid Unisel Bestari Jaya di sini.