SHAH ALAM, 14 APRIL: Seramai 300 belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dirai dalam Majlis Berbuka Puasa Dato’ Menteri Besar bersama Generasi Muda Selangor, hari ini.
Majlis berbuka puasa diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini, yang turut dihadiri EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi.
Pada majis itu, Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyampaikan sumbangan kepada 14 NGO dan sembilan majlis belia daerah berjumlah RM5,000 dan RM3,000 untuk menjalankan aktiviti.
Selesai berbuka puasa, Amirudin dan hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
