Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama pelajar tajaan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) Tahfiz dalam majlis berbuka puasa di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), Kuala Selangor pada 13 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB rai kakitangan, pelajar STDC dan IKTISASS berbuka puasa

KUALA SELANGOR, 13 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa berbuka puasa bersama 330 kakitangan dan pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini, hari ini.

Ketibaan Dato’ Seri Amirudin Shari di Majlis Jalinan Ukhuwah Ramadan disambut Ketua Pegawai Eksekutif STDC Mohd Asyraf Amin.

Pada majlis tersebut, Amirudin menyerahkan surat tajaan pembelajaran kepada 37 pelajar Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) Tahfiz.

Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 48 pelajar golongan asnaf tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dato’ Menteri Besar kemudian menunaikan solat Mahgrib berjemaah di Surau As Salam, STDC

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghadiri Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan di Hangar Sektor Teknologi Automotif Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), Kuala Selangor pada 13 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 


Pengarang :