Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghadiri majlis Jalinan Ukhuwah Ramadan bersama pimpinan mahasiswa Negeri Selangor dan pelancaran Bandar Ilmu Putra Mahkota di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis), Hulu Langat pada 16 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSI BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

MB rai wakil mahasiswa, lancar Bandar Ilmu Putra Mahkota

HULU LANGAT, 16 APRIL: Dato’ Menteri Besar menghadiri majlis Jalinan Ukhwah Ramadan bersama pimpinan mahasiswa universiti dan kolej negeri ini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut melancarkan Bandar Ilmu Putra Mahkota yang bertujuan membentuk gugusan pendidikan untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Dalam majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan duit raya kepada 13 pelajar asnaf.

Turut hadir, Rektor Kuis Prof Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah.

Selain itu, Amirudin turut menyaksikan penyerahan cek cura berjumlah RM150,000 daripada QSR Brands (M) Holding Bhd kepada Mohd Farid Ravi untuk diagihkan kepada pelajar asnaf, sekolah dan penduduk sekitar Bandar Ilmu Putra Mahkota.

Selepas berbuka puasa, beliau menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah bersama tetamu lain di Masjid Al-Azhar Kuis.

 

 


Pengarang :