Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam majlis berbuka puasa bersama belia di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 14 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

MB saran belia aktif berpersatuan, bantu laksana dasar negeri

SHAH ALAM, 14 APRIL:  Golongan belia disaran menyertai Penggerak Belia Selangor (PeBS) atau mana-mana persatuan belia bagi merencana pelbagai aktiviti untuk manfaat masyarakat.

Dato’ Menteri Besar berkata pembabitan aktif belia secara beramai-ramai membantu menambah pelbagai pandangan yang pastinya memberi kebaikan untuk negeri.

“Semakin besar kita, semakin banyak kumpulan kita maka semakin banyak pandangan, jalur fikir yang membantu negeri menyedia polisi-polisi, peluang pekerjaan dan menyedia keputusan kerajaan.

“Ini berhasil apabila kita berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan Negeri melaksana program seperi Inisiatif Roda Darul Ehsan yang mulanya untuk bantu anak muda miliki lesen, namun akhirnya program dikembangkan dengan peruntukan RM2 juta,” katanya.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berucap pada Majlis Berbuka Puasa Dato’ Menteri Besar bersama Generasi Muda di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Seramai 300 belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dirai Dato’ Menteri Besar dalam majlis tersebut.

Amirudin turut menyampaikan sumbangan kepada 14 NGO dan sembilan majlis belia daerah berjumlah RM5,000 dan RM3,000 untuk menjalankan aktiviti.


Pengarang :