Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar, Rahim Ahmad Kasdi (dua, kanan), bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor (kanan), menyampaikan sumbangan hari raya ketika Program Sumbangan Aidilfitri MBI di Dewan Beringin, Gombak pada 29 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI bantu 2,000 asnaf, fakir di Gombak sambut Syawal

GOMBAK, 29 APRIL: Seramai 2,000 asnaf fakir dan miskin Parlimen Gombak menerima bantuan wang tunai daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sempena Aidilfitri ini.

Setiusaha politik kawasan Dato’ Menteri Besar berkata sumbangan melibatkan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, DUN Hulu Kelang dan DUN Gombak Setia.

Jelas Rahim Ahmad Kasdi, bantuan daripada anak syarikat Kerajaan Negeri itu merupakan inisiatif meringankan beban penerima dalam menyediakan kelengkapan raya.

“Bantuan ini diberikan kepada penduduk yang dikenal pasti berdepan kesusahan. Kita mahu penerima ini merasai kemeriahan menyambut raya.

Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar, Rahim Ahmad Kasdi (dua, kanan), bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor (kanan), menyampaikan sumbangan hari raya ketika Program Sumbangan Aidilfitri MBI di Dewan Beringin, Gombak pada 29 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Semoga sumbangan ini melengkapkan raya mereka dan dapat meraikan Syawal dengan gembira,” katanya ditemui di Dewan Beringin, Sri Gombak hari ini.

Turut hadir Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

Rahim yang juga penyelaras DUN Gombak Setia berkata sumbangan berkenaan diagihkan secara berperingkat sebelum satu Syawal.

“Untuk pagi ini melibatkan seramai 500 penerima. Petang nanti program sama juga akan diadakan dan berterusan pada esok sehingga selesai,” katanya.

Sempena Ramadan tahun ini MBI memperuntuk RM3 juta bagi menjayakan Ihya’ Ramadan termasuk termasuk sumbangan bagi aktiviti mengimarah masjid dan surau.

Syarikat berkenaan turut mengagihkan 1,000 pek makanan berlauk setiap hari di beberapa lokasi terpilih.

 


Pengarang :