Datuk Bandar MBPJ Mohamad Azhan Md Azmir menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas menerusi Program Tautan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Desa Ria, Petaling Jaya pada 29 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Pesakit syukur terima bantuan MBPJ, ringan beban sedia persiapan raya

PETALING JAYA, 30 APRIL: Seorang warga emas terharu menerima kunjungan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Mohamad Azhan Md Amir untuk melawat isterinya yang mengalami strok.

Hamid Yubnahidin

Hamid Yubnahidin, 71, yang menetap di Taman Desaria berkata sepanjang beliau menetap di kawasan itu sejak 30 tahun lalu, tidak pernah menerima kehadiran sesiapa memberi bantuan.

“Saya dan isteri Hafizah Aiyud berasa terharu menerima kehadiran mereka yang memberi sumbangan Aidilfitri.

“Terima kasih kepada MBPJ sudi memberikan bantuan yang lebih memeriahkan hari raya tahun ini,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Mohamad Zaki Minhat, 54, menghidap kencing manis berkata ini merupakan kali pertama beliau menerima sumbangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mohammad Zaki Minhat

“Secara peribadi, saya tidak sangka datuk bandar sangat peramah dan mudah mesra. Saya akan gunakan sumbangan ini untuk persiapan Aidilfitri.

“Saya bersyukur dengan sumbangan yang diberikan pihak MBPJ yang sedikit sebanyak meringan beban kami sekeluarga,” katanya.

MBPJ menyantuni lapan keluarga kurang berkemampuan menerusi Program Tautan Kasih Sempena Sambutan Aidilfitri.

Mohamad Azhan Md Amir berkata program tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memasuki tahun ke lima penganjurannya.


Pengarang :