Datuk Bandar MBPJ, Mohamad Azhan Md Azmir menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluana asas ketika Program Tautan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pangsapuri Petaling Perdana, Petaling Jaya pada 29 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBPJ santuni lapan keluarga kurang berkemampuan sempena Aidilfitri

PETALING JAYA, 30 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyantuni lapan keluarga kurang berkemampuan menerusi Program Tautan Kasih Sempena Sambutan Aidilfitri.

Datuk Bandar Mohamad Azhan Md Amir berkata program tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memasuki tahun ke lima penganjurannya.

“Program ini bertujuan menyemarakkan kasih sayang dan menyebarkannya dalam kalangan penduduk selari agenda bandar mampan dan berdaya tahan.

“Kita tidak mahu ada seorang penduduk di Petaling Jaya ketinggalan dan tidak diberikan perhatian, sebab itu perlu turun ke lapangan untuk melihat keadaan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi pesakit strok Hafizah Aiyud yang menetap di Taman Desaria, Petaling Jaya semalam.

Terdahulu, Mohamad Azhan turut mengunjungi Noor Ekmah Fatihah Ismail dan Mohammad Zaki Minhat di Pangsapuri Petaling Perdana serta Noralia Mansor di Flat Taman Medan Cahaya.

Semua mereka menerima sumbangan wang tunai RM250, barangan keperluan harian, makanan kesihatan, lampin dewasa pakai buang dan biskut raya.

 


Pengarang :