PBTSELANGOR

MBSA anjur program buka puasa ala Madinah Sabtu ini

SHAH ALAM, 14 APRIL: Orang ramai dijemput hadir ke program berbuka puasa ala Madinah dan sembang sahur di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 16 April.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Facebook memaklumkan selain berbuka puasa, program tazkirah, bacaan tilawah al-Quran, solat tarawih turut diadakan.

Program bagi Edisi Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2022 itu bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

“Pelbagai pengisian yang di sediakan seperti iftar jamaie ala madinah, tazkirah, bacaan al-Quran, solat tarawih dan sebagainya.

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program ini,” katanya.

 


Pengarang :