Perkhidmatan ‘Shah Alam On Wheel’ bermula jam 11 pagi hingga 3 petang di pekarangan parkir Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13 Shah Alam pada 23 April 2022. Foto ihsan Majlis Bandaraya Shah Alam
PBTSELANGOR

MBSA buka pejabat bergerak di Lotus’s Setia Alam esok 

SHAH ALAM, 22 APRIL: Pejabat bergerak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan dibuka di pekarangan tempat letak kereta Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13 esok mulai jam 11 pagi hingga 3 petang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata pejabat bergerak atau ‘Shah Alam On Wheels’ itu adalah platform yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan itu untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap perkhidmatan ini dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :