Orang ramai mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengunjung bazar Ramadan PKNS untuk membeli juadah berbuka puasa di Shah Alam pada 3 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSA: Peniaga bazar Ramadan dikompaun tiada permit

SHAH ALAM, 14 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan kompaun terhadap seorang peniaga bazar Ramadan di Seksyen 19 semalam kerana menjalankan perniagaan tanpa permit.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan berkata peniaga itu dikompaun dibawah Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja MBSA 2007.

“Selain itu, MBSA juga mengeluarkan 15 amaran lisan kepada peniaga di bazar tersebut kerana melakukan beberapa kesalahan antaranya tidak memakai topi dan apron serta meletakkan telur di atas lantai.

“Operasi bazar bukanlah penguatkuasaan tetapi lebih kepada menitikberatkan kebersihan dan mematuhi syarat. Setakat ini, kita berpuas hati dan peniaga mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada majlis Pelancaran Pelan Tindakan Banjir Shah Alam  (SASuD) yang dirasmikan Datuk Bandar Shah Alam Dato Zamani Ahmad Mansor.

Pada tahun ini, MBSA membuka 22 lokasi bazar Ramadan di bawah pentadbirannya dan menggunakan sistem nombor giliran bagi mengawal keluar masuk pengunjung.


Pengarang :