Bangunan Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ tawar kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 14 APRIL: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri bermula 19 hingga 30 April depan.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSJ Azfarizal Abdul Rashid berkata, perkhidmatan tersebut disediakan KDEB Waste Management (KDEBWM) melalui permohonan kepada syarikat berkenaan untuk penduduk di kawasan perumahan teres sahaja, lapor Sinar Harian.

“Penduduk perlu mengemukakan permohonan kepada syarikat tersebut bermula 18 hingga 25 April melalui panggilan telefon di talian 03-8081 4437 atau WhatsApp ke 011-3558 4437.

“Kutipan sampah pukal disediakan adalah barangan seperti tilam, perabot lama, barangan elektrik dan seumpamanya manakala barangan ubah suai rumah, pindah rumah serta barang kitar semula tidak termasuk dalam perkhidmatan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata keutamaan diberikan kepada penduduk yang sedang melaksanakan persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

“Sebagai makluman, perkhidmatan ini hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh MBSJ.

“KDEBWM tidak akan melaksanakan sebarang kutipan sampah pukal selepas tamat tarikh yang telah dinyatakan,” katanya.


Pengarang :