Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita tong ikan milik warga Myanmar yang menjual ikan di kaki lima di kawasan Teluk Bunut, Banting pada 15 April 2022. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Meniaga tanpa lesen, MPKL sita tong ikan warga asing

SHAH ALAM, 17 APRIL: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengambil tindakan terhadap seorang warga asing yang meniaga ikan tanpa lesen di daerah itu.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook berkata pihaknya menyita tong ikan lelaki warga Myanmar tersebut di Teluk Bunut, Banting pada jam 6 pagi Jumaat lalu.

“Pegawai penguat kuasa MPKL mendapati peniaga warga asing tersebut baru sahaja menjalankan perniagaan menjual ikan pada awal pagi.

“Beliau diambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil 3, UUK Penjaja MDKL 2007. Pegawai penguat kuasa telah menyita semua barangan perniagaan,” katanya.

MPKL menjelaskan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang lesen perniagaan kepada warga asing dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang berbuat demikian.


Pengarang :