Petugas kesihatan memberikan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam pada 27 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri: Dos penggalak kedua bagi individu 60 tahun ke atas, berisiko tinggi 

SHAH ALAM, 14 APRIL: Individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi dan berisiko tinggi diberi pilihan untuk mendapatkan dos penggalak kedua, kata menteri kesihatan.

Khairy Jamaluddin berkata dos penggalak itu boleh diambil dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas dos penggalak pertama dan proses tempahan serta janji temu menerusi MySejahtera akan diumumkan tidak lama lagi.

“Dos penggalak kedua ini bukan wajib dan ia adalah pilihan. Bagi individu berumur 60 tahun ke atas yang sihat dan tidak mempunyai komorbiditi mereka boleh mendapatkan dos penggalak kedua selepas mengadakan perbincangan dengan pengamal perubatan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Katanya, bagi individu berumur 60 tahun ke atas yang sudah menerima dos penggalak pertama, tetapi pernah dijangkiti Covid-19, mereka boleh mendapatkan dos penggalak kedua dalam tempoh tiga bulan selepas sembuh.


Pengarang :