AGENDANASIONAL

MetMalaysia ramal hujan lebat di lapan daerah di Selangor hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 23 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di di beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga jam 10 pagi ini.

Amaran sama turut membabitkan seluruh Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya; Mersing di Johor;Yan dan Kuala Muda di Kedah; Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Pekan dan Rompin di Pahang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

 

 


Pengarang :