Selangorkini
Petugas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menggunakan lori tangki bagi menjalankan proses semburan nyahkuman di Pangsapuri Taman Dato Ahmad Razali, Ampang pada 29 Mac 2020 sebagai langkah mencegah penularan Covid-19. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPAJ pelawa warga Ampang kongsi cadangan, pandangan belanjawan 2023

SHAH ALAM, 5 APRIL: Warga Ampang dipelawa menyertai penyediaan belanjawan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2023 secara dalam talian.

MPAJ menerusi Facebook memaklumkan orang ramai boleh memberi pandangan dan cadangan mereka melalui pautan soal selidik menerusi dalam talian.

“Pandangan dan cadangan diperlukan untuk memastikan belanjawan tersebut relevan, praktikal dan memenuhi kehendak serta keperluan penduduk Ampang Jaya.

“Buah fikiran diberikan mampu menjadi input yang signifikan dalam menangani isu-isu perbandaran seperti kebersihan, perumahan, pencemaran alam sekitar, keselamatan, lalulintas, penguatkuasaan, bencana alam dan sebagainya,” katanya menerusi kenyataan.

Orang ramai yang ingin berkongsi pandangan boleh melayari laman sesawang https://docs.google.com/…/1FAIpQLSf5U1KFLLZqOV…/viewform

 


Pengarang :