Majlis Perbandaran Hulu Selangor kutip sampah pukal menjelang sambutan Aidilfitri.
PBTSELANGOR

MPHS sedia tong sampah pukal mudahkan penduduk sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 16 APRIL: Sebanyak 79 tong roll on roll off (roro) berukuran tiga tan disediakan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) untuk kemudahan penduduk di kawasan seliaannya membuang sampah pukal menjelang Aidilfitri ini.

Menurut MPHS, tong berkenaan diletakkan di beberapa lokasi di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan beberapa kawasan lain yang sesuai di Hulu Selangor.

“Kutipan sampah pukal itu akan dijalankan secara berperingkat mulai Isnin depan hingga 28 April ini.

“Justeru, MPHS berharap penduduk akan memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan kontraktor melakukan kutipan,” katanya dalam kenyataan.

MPHS berkata, sampah sisa domestik dan sampah dapur adalah dilarang sama sekali dibuang ke dalam tong RORO berkenaan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di talian 03-60641331 atau 03-60641050.


Pengarang :