Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Najmuddin Jemain (belakang, tiga kiri) bersama anak yatim dan asnaf dalam majlis berbuka puasa di kediamannya pada 21 April 2022. Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

MPKj rai 73 anak yatim, asnaf sempena Ramadan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta Kelab Bauhinia MPKj meraikan anak yatim dan asnaf dalam satu majlis yang diadakan di kediaman rasmi Yang Dipertua (YDP) MPKj.

MPKj dalam perkongsian di Facebook memaklumkan seramai 56 anak yatim atau asnaf dan 17 anak ibu atau bapa tunggal diraikan dalam majlis itu.

Hadir sama, Pengerusi Kelab Bauhinia, Fadilah Razali serta Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan, Asfazly Hamzah.

“Pada majlis YDP MPKj, Najmuddin Jemain dan isteri, Suliza Ahmad turut menyampaikan sumbangan duit raya serta baucar membeli-belah bagi persiapan hari raya.

“YDP turut berkesempatan menyediakan dodol untuk diagihkan kepada kakitangan MPKj,” katanya.


Pengarang :