Setiausaha MPKS Mohamad Yusli Askandar (tengah) bersama komuniti pendayung Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan ketika Majlis Kasih Ramadan 2022 di Hotel De Palma Resort, Kuala Selangor, Foto Facebook MPKS
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPKS rai pendayung Santuari Kelip-Kelip, agih duit raya

SHAH ALAM, 22 APRIL: Seramai 34 pendayung Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan dirai dalam majlis berbuka puasa anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) semalam.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan dalam acara di Hotel De Palma Resort, Kuala Selangor, pendayung turut menerima sumbangan duit raya dan cenderahati sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

“Penganjuran majlis ini sebagai tanda penghargaan dan berkongsi rezeki bersama kumpulan pendayung yang menjadi nadi utama operasi Santuari Kelip-kelip Kampung Kuantan,” katanya di Facebook.

MPKS turut berharap hubungan baik bersama komuniti pendayung dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk sekitar melalui kehadiran pelancong ke Santuari.

Terdahulu, sumbangan disampaikan Setiausaha MPKS Mohamad Yusli Askandar.


Pengarang :