Foto Facebook MPS
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPS ajak pencinta kucing jadi ‘keluarga angkat’

SHAH ALAM, 17 APRIL: Pencinta kucing dijemput menjadi ‘keluarga angkat’ menerusi Program Kucing Angkat anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan haiwan tersebut di ibu pejabatnya Jumaat depan (22 April) mulai jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang.

“Orang ramai yang berminat boleh membawa sangkar pembawa kucing sendiri dan bayaran RM30 untuk seekor kucing akan dikenakan.

“Jumlah kucing adalah terhad kepada 50 ekor kucing sahaja,” tulisnya di Facebook.


Pengarang :