Program kucing angkat ‘We Love Cat’ anjuran Majlis Perbandaran Selayang di Ibu Pejabat MPS pada 22 April 2022. Foto MPS
PBTSELANGOR

MPS anjur program angkat, pastikan kucing terbiar dapat penjaga

SHAH ALAM, 24 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menganjurkan program kucing angkat ‘We Love Cat’ bagi memastikan haiwan terbiar yang ditangkap mempunyai penjaga.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu sebanyak 13 daripada 50 ekor kucing dari pelbagai baka berjaya mendapat penjaga baharu dalam majlis yang diadakan di Ibu Pejabat MPS kelmarin.

“Pihak MPS akan terus mengadakan program seperti ini dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kebajikan haiwan jalanan.

“Pengunjung yang tidak berpeluang untuk hadir pada program yang diadakan tetapi berminat untuk mengambil kucing yang ditawarkan, boleh menghubungi Jabatan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS di talian 03-61266024 / 6080 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut,” katanya di Facebook.

Pada program itu presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika turut berkongsi tips penjagaan kucing dan cadangan penambahbaikan penganjuran program kucing angkat berkenaan.


Pengarang :