Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin meninjau pengoperasian hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka bagi pelajar sekolah menengah. Foto Facebook Dr Radzi Jidin
AGENDANASIONAL

Murid wajib hadir, pakaian seragam sekolah dan berambut pendek

SHAH ALAM, 28 APRIL: Kehadiran murid ke sekolah kini diwajibkan dan akan diambil tindakan sekiranya tidak hadir, kata menteri kanan pendidikan.

Datuk Dr Radzi Jidin berkata ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak sekolah jika anak masing-masing tidak dapat hadir ke sekolah.

“Sebelum ini murid yang tidak hadir ke sekolah tidak dikenakan tindakan disiplin namun mengambil kira keadaan semasa ia diwajibkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Selain itu, katanya semua murid diwajibkan untuk memakai pakaian seragam bermula sesi persekolahan penggal dua pada 12 Jun.

“Ini termasuk rambut panjang, ada yang tanya sebelum ini menteri kata tak apa rambut panjang jadi bermula 12 Jun ini ketetapan mewajibkan bagi pakaian seragam dan rambut pendek,” katanya.


Pengarang :