Pelakon Bell Ngasri (kanan) dan Raja Azura (tengah) bersama penyanyi Sissy Imann melakukan rakaman sketsa Senandung Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam pada 31 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Nak menang duit raya RM200? Tonton Senandung Aidilfitri 2 Syawal

SHAH ALAM, 30 APRIL: Orang ramai berpeluang memenangi duit raya bernilai RM200 dengan hanya menonton program Senandung Aidilfitri yang disiarkan Syawal kedua, 9 malam.

Menurut maklumat dikongsikan Gaya Travel, penonton perlu menjawab soalan mudah yang dipaparkan setengah jam sebelum program bermula dan sekali lagi selepas rancangan berakhir.

Hadiah terhad kepada 20 penonton bertuah sebahagian daripada duit raya keseluruhan berjumlah RM10,000 yang ditawarkan Kerajaan Selangor selaku penganjur.

Selain menjawab kuiz, 20 penonton bertuah juga boleh memenangi duit raya RM100 dengan berkongsi video siaran langsung ke dinding Facebook dan Twitter masing-masing.

Rancangan Senandung Aidilfitri tahun ini menampilkan nyanyian artis terkenal antaranya Ziana, Zain, Sissy Imann, Elyana Emrizal, Haziq Rosebi dan Roy.

Raja Azura, Bell Ngasri dan Azlee Senario pula selebriti yang menjayakan lima sketsa, dua daripadanya bertema kejadian banjir besar yang menimpa negeri ini hujung tahun lalu.

Disiar di portal selangortv.my dan Facebook Media Selangor, rancangan itu pertama kali disiarkan tahun lalu ketika larangan balik kampung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.


Pengarang :