EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman (kanan) menyerahkan cek cura berjumlah RM50,000 bagi pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Sukarela Saujana Utama selepas majlis Iftar Perdana Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Saujana Utama, Sungai Buloh pada 26 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri sumbang RM50,000 bina balai bomba sukarelawan Saujana Utama

SUNGAI BULOH, 26 APRIL: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM50,000 bagi pembinaan balai bomba sukarelawan di Saujana Utama di sini.

EXCO generasi muda dan modal insan berkata ia merupakan keperluan buat Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) memandangkan lokasi itu mempunyai kepadatan penduduk yang ramai.

“Sasaran kita mengumpul RM1 juta dalam tempoh dua tahun dan kita harap wakil rakyat, persatuan penduduk dan agensi sama-sama membantu mewujudkan pusat ini,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Perdana Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Saujana Utama hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata kedudukan PBS Saujana Utama membantu masa respon yang ditetapkan bomba dalam sesuatu kes.

“Respon kita setiap kes adalah bawah 10 minit, memandangkan kita tiada balai bomba yang terdekat, PBS banyak membantu kita.

“Balai yang terdekat adalah Sungai Buloh dan mengambil masa setengah jam untuk sampai,” kata Norazam Khamis.

Pada majlis itu juga Khairuddin menyumbang sebanyak RM20,000 iaitu RM500 kepada 38 Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).


Pengarang :