Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) Izzudin Shahmi Mohd Jani (dua, kiri) di gerai penghantaran produk usahawan melalui Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) pada Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 6 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDAAGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Nikmati potongan harga, penghantaran percuma di aplikasi Seldec setiap Rabu

SHAH ALAM, 6 APRIL: Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) menawarkan harga menarik kepada pelanggan yang membuat pembelian menerusi aplikasinya pada setiap hari Rabu.

Dalam perkongsian di Facebook hari ini, Seldec memaklumkan potongan harga RM5 dan penghantaran percuma bagi pembelian buah-buahan terpilih.

Antara buah-buahan yang ditawarkan hari ini adalah tembikai, epal hijau, mangga harum manis, buah naga, tembikai susu, nenas, limau bali dan kedondong.

“Potongan harga RM5 jika anda membeli buah-buahan sehingga RM50 ke atas dan penghantaran terus secara percuma ke rumah apabila anda berbelanja sebanyak RM75 ke atas.

“Pastikan anda masukkan promokod PASAR5 sebelum daftar keluar. Jom membeli-belah di www.seldec.com.my sekarang dan tebus promo kod itu sebelum jam 6 petang hari ini,” kata kenyataan itu.

Seldec turut memaklumkan bagi pelanggan yang membeli barangan pada harga bawah RM75 mereka hanya perlu membayar kos penghantaran serendah RM4.56.

Seldec memasarkan hasil tani usahawan kecil di negeri ini secara meluas selain menawarkan produk yang sukar diperoleh dalam pasaran antaranya ikan patin, tempoyak, sambal hitam Pahang, rempah gulai nasi dagang dan lemang resipi asli dari Gemencheh, Negeri Sembilan.

Pelbagai promosi seperti penghantaran percuma serta potongan harga juga dibuat secara berkala dan segala maklumat dikongsi menerusi Facebook Seldec.

Sejak dilancarkan Kerajaan Negeri pada 3 Oktober 2019, Seldec menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan www.seldec.com.my/en membabitkan pelbagai barangan termasuk daging segar, peralatan rumah, makanan diproses, makanan sejuk beku dan kuih-muih.


Pengarang :