Dato’ Menteri Besar, Dato Amirudin Shari,melawat ke gerai peniaga bazar Ramadan selepas melancarkan program emerkasaan penjaja melalui Inisiatif Platform Selangor (PLATS) di Bazar Ramadan BK5, Subang Jaya pada 8 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Orang ramai patuhi SOP bazar Ramadan, bilangan dan lokasi sesuai elak kesesakan

SUBANG JAYA, 8 APRIL: Dato’ Menteri Besar berpuas hati dengan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) bazar Ramadan di seluruh negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setakat ini pematuhan SOP masih terkawal walaupun ada menerima laporan kesesakan di sesetengah tempat.

“Perkara penting adalah pihak berkuasa tempatan perlu (PBT) melihat kesesuaian (lokasi) dan sebab itu digalakkan mengadakan bazar di tempat lapang, kawasan padang dan dataran bagi memudahkan kawalan.

“Saya juga menyarankan PBT memperbanyakkan bazar supaya jumlah peniaga di tempat itu dapat dihadkan. Apabila jumlah peniaga kurang sekali gus ia dapat mengurangkan kesesakan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Platform Selangor (PLATS) 3.0 di Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5, Puchong di sini.

Amirudin turut meluangkan masa bertemu dengan peniaga dan pengunjung di bazar tersebut sambil diiringi EXCO Usahawan Rodziah Ismail; EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han dan EXCO Kerajaan Prihatin V Ganabatirau.

Tahun ini, Kerajaan Negeri menawarkan 11,967 petak kepada peniaga bazar Ramadan di seluruh Selangor.

Kesemua tapak niaga itu disediakan oleh 12 PBT terbabit selepas mempertimbangkan tahap penularan Covid-19 varian Omicron yang merebak di seluruh negara sejak awal tahun ini.

 


Pengarang :