Kakitangan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Shah Alam menyerahkan bantuan sempena Aidilfitri kepada salah seorang penduduk di Jalan Kebun, baru-baru ini. Foto Facebook OUM Shah Alam
AGENSISELANGOR

OUM Shah Alam agih keperluan raya buat penduduk susah

SHAH ALAM, 25 APRIL: Kakitangan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Shah Alam mengagihkan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk sekitar Jalan Kebun di sini yang kurang berkemampuan.

Dalam kenyataan ringkas di Facebook semalam, bantuan diberikan baru-baru ini diserahkan kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan mereka yang uzur.

“Sumbangan ini sebagai tanda prihatin OUM kepada mereka yang memerlukan dan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Semoga ini menjadi permulaan yang baik untuk semua. Diharapkan pada masa hadapan ia dapat diperluas dan OUM berupaya membantu lebih ramai lagi,” katanya.

Universiti itu menambah sumbangan diagihkan bagi semua perayaan yang diraikan masyarakat Malaysia.

 


Pengarang :