AGENDANASIONAL

Paip pecah: Bekalan air 15 kawasan di Kuala Lumpur pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 25 APRIL: Gangguan bekalan air tidak berjadual 15 kawasan di Kuala Lumpur pulih sepenuhnya jam 9 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Facebook memaklumkan gangguan bekalan berlaku disebabkan kerja-kerja pembaikan paip pecah di rumah pam di Taman Muda, Cheras semalam.

“Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Semalam Air Selangor memaklumkan kerja pembaikan paip pecah di rumah pam di Taman Muda, Cheras mula dilaksana jam 3 petang.

Pembaikan itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 15 kawasan di wilayah Kuala Lumpur.

Kawasan tersebut ialah di Bukit Permai Industri; Kampung Cheras Baru; Pandan Bistari; Taman Bukit Pandan; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Teratai dan Taman Mawar.

Turut terjejas di Taman Mega Jaya; Taman Melur; Taman Mestika; Taman Muda; Taman Pandan Mewah; Taman Putra; Taman Saga dan Taman Seraya.


Pengarang :