Ilustrasi penyakit gastrik. Foto laman web https://my.lovepik.com/
AGENDANASIONAL

Pakar: Gastrik bukan penyakit bermusim, boleh latih puasa dari awal

SHAH ALAM, 7 APRIL: Masalah gastik bukan penyakit bermusim yang hanya dialami menjelang Ramadan hingga boleh menjejaskan ibadah puasa individu, kata pakar pemakanan.

Sebaliknya, Prof Madya Dr Norazmir Md Nor berkata pesakit perlu melatih diri lebih awal termasuk berpuasa sunat supaya tidak menjejaskan ibadah itu, lapor Astro Awani.

Beliau menjelaskan pemakanan seimbang dan pengambilan air putih mencukupi perlu dititikberat bagi mengelak dinyahhidrat atau keradangan serius pada perut.

“Munculnya puasa, maka penyakit gastrik akan muncul. Sepatutnya mereka boleh berlatih sebelum tiba Ramadan dengan puasa sunat untuk tengok kemampuan diri.

“Saranan pakar perubatan juga mengatakan pesakit gastrik boleh berpuasa, tidak boleh kata ia penyakit bermusim kerana boleh latih perut dari awal,” katanya.

Dr Norazmir menambah gastrik boleh menyerang sesiapa tanpa mengira usia dan menasihatkan pesakit untuk mengelakkan makanan pedas, berminyak atau tinggi kandungan garam.


Pengarang :