Pancuran air berirama pelbagai warna di Tasik Shah Alam ketika tinjauan pada 28 Mac 2021 bakal menghidupkan suasana pada waktu malam. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Pancuran air Cahaya Ramadan hibur pengunjung dengan lagu ketuhanan

SHAH ALAM, 4 APRIL: Pancuran air berirama di Laman Budaya dibuka kepada orang ramai pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan hingga 1 Mei depan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata pertunjukan pancuran air berirama Cahaya Ramadan itu terbahagi kepada dua sesi iaitu 10 hingga 10.30 malam dan 10.45 hingga 11.15 malam.

“Persembahan pancuran air berirama memainkan lagu-lagu berbentuk kerohanian dan ketuhanan sepanjang Ramadan.

“Selain itu, anggota pasukan renjer taman bertugas sepanjang persembahan Cahaya Ramadan,” kata Shahrin Ahmad.

Menurut beliau, MBSA sentiasa mengalu-alukan pengunjung hadir ke persembahan tersebut dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Pancuran air berirama di Taman Tasik Shah Alam antara daya tarikan terbaharu di bandar Shah Alam sejak tahun lalu.

Persembahan pancuran air setinggi 40 meter itu dilengkapi dengan sistem diod pemancar cahaya (LED) dan audio.


Pengarang :