Dato’ Menteri Besar, Dato Amirudin Shari bersama Exco Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail melancarkan Program Pemerkasaan Penjaja Melalui Inisiatif Platform Selangor (PLATS) di Bazar Ramadan BK5, Subang Jaya pada 8 April 2022.Turut sama Datuk Bandar Subang Jaya, Dato’ Johary Anuar dan Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahir Iskandar. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMAPILIHAN MINGGUAN

PBT berperanan tarik lebih ramai usahawan sertai PLATS 3.0

GOMBAK, 9 APRIL: Pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan penting bagi menarik lebih ramai usahawan di negeri ini menyertai Platform Selangor (PLATS) 3.0.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia bagi memastikan sasaran 10,000 usahawan Selangor terlibat dalam platform perniagaan digital itu mampu dicapai.

“Kita sudah ada kerjasama dengan PBT yang bertanggungjawab menghubungkan penjaja dengan aplikasi itu terutama di bazar Ramadan serta menerusi program yang akan dijalankan.

“PLATS ini adalah platform bagi mentransformasi perniagaan. Jadi, kita harap platform ini dapat menarik minat lebih ramai usahawan,” katanya.

Beliau ditemui selepas program Bubur Lambuk Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Wira Damai di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI adalah pemangkin PLATS 3.0 yang dilaksanakan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menerusi Rakan Digital Selangor (RDS).

Pelaksanaan PLATS 3.0 pada kali ini turut mendapat kerjasama 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam membantu mempercepat penyertaan usahawan dan peniaga.

PLATS diperkenal Ramadan dua tahun lepas bagi melengkapkan ekosistem agenda pendigitalan Seangor membabitkan usahawan melalui satu platform digital.

Pada 11 April tahun lalu, PLATS 2.0 dilancarkan bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja.


Pengarang :