Perkhidmatan ‘Shah Alam On Wheel’ bermula jam 11 pagi hingga 3 petang di pekarangan parkir Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13 Shah Alam pada 23 April 2022. Foto ihsan Majlis Bandaraya Shah Alam
PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Ole-Ole, Seksyen 18 Sabtu ini

SHAH ALAM, 14 APRIL: Pejabat bergerak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan beroperasi di pusat beli-belah Ole-Ole Seksyen 18 pada Sabtu ini, kata Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya.

Menurut Shahrin Ahmad, orang ramai yang ingin membuat semakan dan pembayaran boleh mengunjungi pekarangan tempat letak kereta pusat beli-belah itu mulai jam 8 pagi hingga 4 petang.

“Pejabat bergerak MBSA ini menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara.

“MBSA berharap ia dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan sedia ada untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Pejabat bergerak MBSA atau Shah Alam ON Wheels adalah platform yang disediakan oleh MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi talian 013-3380551.


Pengarang :