Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA di Aeon Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 5 APRIL: Orang ramai boleh menyemak dan membayar cukai taksiran serta kompaun di pejabat bergerak Shah Alam On Wheels di parkir terbuka Aeon Shah Alam Seksyen 13 di sini, pada 9 April ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan kemudahan lain termasuk kaunter aduan mulai 11 pagi hingga 3 petang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Shahrin Ahmad berkata platform itu memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu tanpa perlu ke kaunter.

“Melalui perkhidmatan ini, pihak Majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi talian 013-3380551.


Pengarang :