Mulai tahun depan semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara diberi sarapan percuma secara berperingkat.
AGENDANASIONAL

Pelajar dibenar makan di kantin, sertai aktiviti kokurikulum

SHAH ALAM, 28 APRIL: Semua warga pendidik termasuk pelajar boleh makan di kantin sekolah selain dibenar menjalani aktiviti sukan dan kokurikulum.

Menteri pendidikan berkata sekiranya kawasan kantin terhad dan boleh mengakibatkan kesesakan, jadual rehat boleh dibuat secara berperingkat.

“Jika murid mengikuti waktu rehat yang sama ia akan membawa kesesakan yang teruk maka sekolah ini dibenarkan untuk menyusun waktu rehat.

“Apa yang penting anak-anak kita selepas ini dapat menikmati makan di kantin seperti mana sebelum pandemik Covid-19,” kata Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang media hari ini.

Beliau menambah kebenaran termasuk penganjuran pertandingan, kejohanan di dalam atau luar kawasan sekolah.

“Namun, murid, guru, jurulatih dan pengajar yang bergejala tidak dibenarkan sertai aktiviti sukan dan kokurikulum,” katanya.


Pengarang :