Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Foto REMY ARIFIN
AGENDA AGENSI SELANGOR

Peniaga kecil dipelawa sertai jualan but kereta Perpustakaan Awam Selangor

SHAH ALAM, 13 APRIL: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan mengadakan jualan but kereta (car boot sale) di pekarangan parkir Pustaka Raja Tun Uda di sini selama empat hari bermula 21 hingga 24 April ini.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, PPAS menjemput peniaga kecil yang berminat untuk menghubungi mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang berlangsung mulai jam 9 pagi hingga 5 petang itu.

“Ia adalah sebahagian daripada program kongsi rezeki sempena bulan Ramadan untuk membantu peniaga kecil.

“Kami menjemput mana-mana peniaga yang ingin membuka gerai jualan seperti pakaian, kosmetik, kasut, makanan siap dibungkus dan produk hari raya untuk menghubungi secara WhatsApp di talian 019-6792288,” katanya.

Pada masa sama, PPAS menjemput orang ramai untuk mengunjungi dan memeriahkan program yang kali pertama dianjurkan itu.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa. Jadi datang beramai-ramai ke Car Boot Sale @ Parkir Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam,” katanya.


Pengarang :