SHAH ALAM, 9 APRIL: Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Malaysia antara Selangor FC menentang Kedah FC, malam esok.
Golongan itu bagaimanapun perlu ditemani ibu bapa atau penjaga yang lengkap menerima vaksin untuk menyaksikan perlawanan yang berlangsung jam 10 malam di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
“Anda bercadang untuk ke stadium esok? Berita baik untuk anda semua kerana kini kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah dibenarkan untuk masuk ke stadium serta aktiviti makan juga telahpun dibenarkan,” menurut Selangor FC di Facebook.
Pasukan Gergasi Merah itu memaklumkan tiket untuk perlawanan malam esok boleh diperoleh menerusi pautan https://bit.ly/LS4SFCvKDA
Sebelum ini, Selangor FC mengariskan beberapa panduan kepada penyokong yang ingin kembali menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.
Kriteria penyokong yang dibenarkan hanya kepada individu berusia 18 tahun keatas yang lengkap vaksin dan tidak bergejala, namun mereka yang berusia 60 tahun ke atas tidak digalakkan.