Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas (tengah) menyampaikan sumbangan berjumlah RM6,000 kepada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia pada Majlis Iftar Ramadan PKNS 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 14 April 2022. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

PKNS rai anak yatim, hulur bantuan kepada 10 pusat jagaan

SHAH ALAM, 14 APRIL: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meraikan 500 kakitangan dan anak yatim dalam Majlis Iftar Ramadan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut PKNS turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM60,000 yang diagihkan kepada 10 rumah anak  yatim di bawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide)..

Sumbangan diberikan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah; Rumah Amal Raudhatul Jannah; Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Sekendi; Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor.

PKNS turut memberi sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur; Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim Islam Dan Miskin Daerah Sabak Bernam; Pusat Jagaan Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan; Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah; Rumah Aman (Shah Alam) dan Rumah Kebajikan Anak YatimAl-Munirah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mahmud Abbas berkata sumbangan tersebut adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam menyantuni golongan kurang bernasib baik terutamanya anak-anak yatim.

“Ini merupakan tradisi di PKNS sejak 2014 lagi iaitu kita mengagihkan sumbangan kepada pelbagai pihak seperti rumah orang tua, maahad tahfiz dan surau  di sekitar Selangor,” katanya.


Pengarang :