Model Rumah Idaman yang ditawarkan Kerajaan Negeri berkeluasan 1,000 kaki persegi dengan harga RM250,000 seunit. Foto laman web Idaman Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKNS sasar bina lebih banyak rumah mampu milik

SHAH ALAM, 15 APRIL: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan membina 1,000 unit rumah mampu milik setiap tahun.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata sebagai permulaan sebanyak 600 unit akan dibina tahun ini di beberapa kawasan antaranya di Antara Gapi dan Sierra Alam.

“Kita rancang membina 500 hingga 600 unit setiap tahun sehingga mencecah 1,000 rumah mampu milik setiap tahun.

“Malah, kita akan mengadakan majlis serahan kunci 800 unit rumah mampu milik di Cyberjaya pada Mei nanti,” kata Dato Mahmud Abbas.

Kerajaan Negeri akan membina sebuah lagi projek Rumah Idaman akan dibangunkan di Seksyen U8 Bukit Jelutong bagi memenuhi keperluan rakyat memiliki kediaman pertama.

Dato’ Menteri Besar berkata pembinaan 1,260 unit rumah itu memiliki keluasan 1,000 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air serta dijual pada harga RM250,000.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari setiap bilik turut dilengkapi pendingin hawa dan almari baju selain kabinet dapur, peti sejuk berserta seunit televisyen 32 inci.


Pengarang :