Polis berjaya memberkas banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu. Grafik Media Selangor
AGENDA JENAYAH

Polis buru lelaki cabul wanita di parkir Tamarind Square, Cyberjaya

CYBERJAYA, 6 APRIL: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes cabul seorang wanita di kawasan parkir sebuah pusat komersial Tamarind Square di Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, wanita berumur 27 tahun telah disapa seorang lelaki kononnya untuk membantunya menyimpan barang ke dalam kereta di parkir pusat komersial tersebut, selain mahukan troli yang digunakan wanita itu.

“Bagaimanapun wanita berkenaan menolak bantuan tersebut namun lelaki itu tetap mengambil barang pengadu serta memasukkan dalam kereta dan secara tiba-tiba suspek bertindak menyentuh serta meramas punggung pengadu sebelum melarikan diri,” kata Wan Kamarul dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan bahawa lelaki itu berpakaian serba hitam, menyandang bag sling warna hitam, dengan rambut dan kulit berwarna gelap.

“Pengadu hanya nampak lelaki itu matanya juling. Pengadu juga tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu sebelum ini,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaaan.

– BERNAMA


Pengarang :