Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Polis sahkan dua anggotanya dalam video tular dakwa lakukan kekerasan

SHAH ALAM, 23 APRIL: Polis Selangor mengesahkan dua individu dalam sebuah video yang tular mendakwa pihaknya melakukan kekerasan semasa proses tangkapan ke atas seorang lelaki adalah anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Baharudin Taib dalam kenyataan ringkas berkata anggotanya itu dalam proses membuat tangkapan ke atas seorang subjek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan.

Susulan itu, Baharudin meminta orang ramai atau saksi bebas yang melihat kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.

Baharudin mengulas perkara berkenaan susulan pihaknya mengesan satu klip video klip berdurasi 1.25 minit yang tular di media sosial Twitter mendakwa pihak polis melakukan kekerasan semasa proses tangkapan dilaksanakan.

Katanya, pihaknya juga telah menjalankan siasatan terhadap kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA


Pengarang :