Exco Hal Ehwal Agama, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tengah) bersama Pengerusi Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), PU Hafiz Haneefa (kanan) menunjukkan Anugerah Malaysian Book Of Record Longest Non-Stop Virtual “Hafazan” Al-Quran ketika Ijtimak Huffaz Selangor ke-15 anjuran Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) di Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Program hafazan al-Quran anjuran institusi tahfiz Selangor diiktiraf MBOR

SHAH ALAM, 24 APRIL: Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Program Ijtimak Huffaz Selangor Ke-15.

Pengiktirafan itu diberikan bagi rekod Pembacaan Al-Quran Tanpa Henti secara atas talian selama 24 jam.

Sijil pengiktirafan itu diberikan oleh Eksekutif Kewangan MBOR Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi kepada Pengerusi Pitas Muhamad Hafiz Mohd Haneefa dengan disaksikan EXCO Hal Ehwal Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Program Ijtimak Huffaz pada tahun ini diadakan selama dua hari dengan melibatkan seramai 2,000 pelajar daripada 40 pusat tahfiz.

Program tersebut dilaksanakan di dua lokasi iaitu di Dewan Wisma Hafiz Klang dan di Dewan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Program tersebut turut memberi Anugerah Tokoh Huffaz Selangor 2022 kepada Abdul Rahim Mat Ellah yang membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai RM2,000.

Selain itu, seramai sembilan pelajar tahfiz menerima Anugerah Sijil Syahadah Pitas.


Pengarang :